Pesanan Penaja

Wednesday, December 1, 2010

Saja ja...

Lama dah tak mengarang dalam blog nie...
Huhuhu.. la aku dah kerja kat kampung aku... best...
Dapat duduk dekat dengan orang tua...
Dapat tengok member2 sekali..

Saturday, August 21, 2010

Sunyi....

Sebab apa aku rasa Sunyi dan Bosan?

Macam ada yang tak kena ja....

Thursday, August 5, 2010

Ramadhan..

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan

"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengajakan ,semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA DAN MENGIMARAHKAN RAMADHAN...

Sunday, August 1, 2010

Janji seorang anak...

Ibuku mengapa engkau menangis
Apakah yang kurang
Walaupun kita tiada berharta
Itu tak bermakna akhirnya hidup kita
Ibuku tenangkanlah hatimu
Kerana suria akan pasti menjelma
Usia mudaku tak menghalang diriku
Untuk membela dirimu

Ibu jasamu ku kenang selalu
Ku mahkotakan ke puncak cemara
Nanti bila aku sudah dewasa
Akan ku bela nasib kita
Itulah sumpah anakmu

Dari itu hentikan tangisan
Pandanglah masa depan
Betapa aku cinta padamu
Pelukanmu menguatkan semangatku
Duhai ibuku dengarkanlah janjiku
Untukmu

Tuesday, July 20, 2010

Si Tua dan Kapak

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang berumur dan miskin seorang diri. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Tiada isteri mahupun anak buat peneman hidup saban hari....

Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu hari, datang sekumpulan siswazah dari kampus di kotarayamenjalankan kajian di hutan belantara, tempat si tua mencari rezeki. Seperti kebiasaannya, si tua tiada yang menemaninya untuk pergi menebang pokok...

Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya yang merupakan peneman setia ....Sehinggalah kepenatan tiada jua dia berhenti.....

Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari peneman setia takut dilemas dipukul arus sungai yang pantas berlari ... meratap lah ia mengenangkan nasib...

Maka...tika itu, kebetulan lalu sekumpulan siswazah tersebut... lalu bertanyalah mereka...

"wahai pak cik... kenapa bersedih hati?"...

"Hai anak muda, pak cik bersedih kerana kapak pak cik sudah tenggelam di dasar sungai... kalu masih mampu kuderat diri, pak cik sanggup terjun ke sungai mencarinya... namun usia nyata membataskan...."

"Kalau begitu, pak cik ambil sajalah kapak saya" kata salah seorang dari mereka sambil menghulurkan kapak beliau..

"Tidak mengapa... mungkin kamu lebih perlukannya.. lagikan pula kapak ini masih belum digunakan..."

"Bagaimana kalu yang ini?" kata seorang lagi siswazah sambil mengulur kapak setelah pemberian rakannya itu ditolak

"Mata kapak ini seperti telah digunakan, namun hulunya masih baru dan licin bagi tangan pak cik ini..." kata si tua sambil menolak pemberian siswazah tersebut...

Ketika berlakunya tawar menawar tersebut... seorang dari siswazah tersebut telah berenang ke sungai untuk mencari kapak si tua..

"Apa kata kalau pak cik gunakan kapak ini?" kata siswazah yang telah menjumpai kapak tersebut di dasar sungai

"Ini punya kamu? Mirip benar dengan kapak kepunyaan pak cik..."

"Bagaimana kalau saya katakan ia?" duga si siswazah....

"Walaupun ia mirip benar kepunyaan pak cik, namun ia tetap tidak sama..." berlalulah si tua dari siswazah tersebut dengan hiba pulang ke rumah tanpa teman setia....

Kumpulan siswazah tersebut membiarkan si tua berlalu.. mereka mendirikan khemah berhampiran dengan sungai tersebut... ketika makan malam, perasaan kasihan wujud dalam diri mereka... bagaimanakah nasib si tua, sudahlah kapaknya hilang, tiada rezeki beliau untuk hari ini...

"Mengapa pak cik tersebut menolak pemberian kita?"

"Kapak yang kita hendak berikan bukan yang terpakai hata yang sudah rosak"

"Atau dia tidak mahu menerima pemberian orang?"

"Tidak begitu fikirku..." kata siswazah yang berenang ke dalam sungai

"Mengapa kau berkata begitu?"

"Kita lihat esok pagi sesudah subuh.. pasti pak cik tadi kan datang mencari kapaknya.."

Setelah selesai menunaikan solat subuh, mereka semua terus berkemas untuk pulang, menjelang pagi setelah matahari naik... mereka melihat pak cik tua tersebut sedang berenang dalam sungai yang arusnya agak tenang...

"Pak cik.. menangkap ikan ka?" tegur slaah seorang dari mereka...

"Eh... kamu semua masih disini? Tidak.. pak cik mencari kapak yang semalam terjatuh di dasar sungai..."

"Apa kata pak cik naik ke atas, kita berborak sebentar... lagi pula kami sudah mahu pulang..."

"Baiklah.. tunggu di atas, pak cik datang.." Berenang lah si tua ke daratan untuk menemui kumpulan siswazah tersebut...

"Sebenarnya kapak ini adalah kapak pak cik, saya telah menemuinya di dasar sungai semalam kita pak cik sedang berborak dengan rakan-rakan saya.." kata siswazah tersebut sambil menghulurkan kapak pak cik itu..

"Eh.. semalam kata kamu, ini punya kamu..."

"Saya sekadar bercanda, lagikan pula saya bertanya ... bagaimana kalau saya katakan itu kapak saya... ketika itu pak cik menghulurkan kapak itu, lalu terus berpaling..."

"Jadi benar ini kapak ku?" tanya si tua dengan nada yang ceria sambil mencuba menggunakan kapak tersebut..

"Ya.... itu punya pak cik..."

"Terima kasih nak... pak cik terhutang budi pada kamu semua..."

Setelah berbual buat sementara dan menerangkan cerita yang sebenarnya berlaku... kumpulan siswazah itupun terus berlalu... Dalam perjalanan pulang, mereka berborak mengenai pak cik tersebut dan kapaknya...

"Benarkah itu kapak milik pak cik tadi?"

"Ya.. memang kapak itu milik dia..."

"Jadi mengapa dia tidak tahu mengenai kapak tersebut ketika kau bagi kepada dia buat kali pertama?"

"Setelah melihat pemberian kalian ditolak... Sebenarnya apa yang dimahukan oleh pak cik itu bukanlah kapak... apa yang dimahukan oleh pak cik tersebut adalah temannya yang setia.. Pada dia, bukan kerlipan kemewahan dan harta mampu membahagiakan, cukup dengan temannya itu, setia disisi..."

Wednesday, July 14, 2010

Air atau Cawan?

Sekumpulan bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang.

Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.


Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.

Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata:

Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! “Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!”

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini – ibarat air.

Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Fikirkan lah..

Thursday, July 1, 2010

Nasi tak berlauk..

Sedang berborak dengan seorang kawan berkaitan nasib mereka yang malang, (tidak mempunyai kelengkapan yang cukup makan dan umah yang selesa seperti adik Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal- pelajar yang skore 19A dalam SPM baru-baru nie), aku terkejut apabila seorang kawan aku menyatakan dia dah biasa makan nasi tak berlauk... aku semakin tak percaya apabila dia asyik mempertahankan kata-kata dia sebab aku tau dia dapat dari keluarga yang berada...

Member : Ala.. apa nak pelik, waktu belajar dulu.. boleh kata tiap2 hari mkan nasi tak berlauk...

Seriab : Cish... hang tipu la, aku kan selalu kuar makan ngan hang.. bila hang makan nasi tak berlauk? Selalunya ada telur, ayam atau ikan dengan sayur.. air mesti milo ais tak pun sirap bandung...

Member : Yang tu makan siang, waktu makan malam hang mana ada teman aku, hang dulu kan bercouple... asyik makan ngan awek hang ja waktu malam...

Seriab : Aku tau... hang ada masalah ka sampai makan nasi tak berlauk nie?

Member : Aku ok ja... dah biasa...

Seriab : Awat tak bagi tau kat aku... kalu ada masalah cakap la, kita kan dok dalam satu bilik dari sem tiga sampai grad..

Member : Aku bukan apa, tak mau la kacau member-member dengan masalah aku nie

Seriab : (Dengan rasa bersalah dan sedih), Aku mintak maaf la kalau waktu tu aku lebih pentingkan ex-gf aku... adoi.. sorry bro... aku mintak maaf banyak2..

Member : Nie la kawan-kawan, masalah member buat tak tau, masalah awek... 2 minit leh settle

Seriab : (Terasa hati), amboi... cakap biar berlapis... sapa yang dok tolong hang siapkan assingment ngan hantar hang p klinik kalu sakit demam? tak ka hamba Allah yang hina nie dok buat semua tu?... Tapi aku pelik, hang dpat ptptn, pastu orang tua hang hantar duit tiap-tiap bulan.. macam mana leh tak cukup duit makan? Siapa makan nasi tak berlauk plak tu...

Member : Ya la... aku kan ada keta, kalu p mana mesti kena guna minyak... pastu rokok lagi.. nak bergayut ngan gf aku lagi.... habis la...

Seriab : Tapi pelik, macam mana leh tak cukup? aku cukup ja duit walaupun tak dapat tambahan bulan-bulan dari orang tua aku...

Member : Hang naik moto, minyak sikit.... rokok tak hisap, tak yah gayut... awek ada sini, aku awek kat Kustem...

Seriab : M'mm...lalu plak hang makan nasi tak berlauk... dah tu letak nasi ngan kuah ja ka?

Member : Ish.. tak kan sampai tahap tue... aku makan nasi ada sayur ja sikit..

Seriab : Awat tak letak ayam ka sikit? Mak cik kedai no 3 tu kan baik ngan kita... kalu kira nasi kita banyak mana pun RM3 ja...

Member : Aku segan la... asyik dia charge macam tu ja...

Seriab : Tak pa la, kalau macam tue... Tapi aku still tak faham, macam mana hang leh makan nasi tak berlauk...

Member : Hang nak tau ka?

Seriab : Nak la....

Member : Sebab aku p kedai dia order nasi goreng tiap2 malam... hahhahahahaaha (dia gelak)

Seriab : Cish.... Aku tertipu...

Member : Jangan marah a'aa.... yang pasti... lu kena beb.... hahahaha

Cerita nasi tak berlauk nie juga telah menyebabkan seorang kawan aku terkena baru-baru nie yang menyebabkan aku ingat balik kisah nasi tak berlauk...

Sunday, June 27, 2010

Lembu dan Anjing...

Tribute cerita ini kepada rakan saya seorang ustazah yang berkhidmat di Sekolah Jenis Kebangsaan China di Johor Bharu ----> cerita ini dipetik dari laman blog beliau http://soutuqalbiie.blogspot.com.

(teriam kasih atas kebenaran yang diberikan oleh beliau dalam berkongsi ilmu pengetahuan..Allahhu'alam)

LEMBU: Hai anjing,apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki
terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh
dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat
kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

nice story....banyak pengajaran...renung2kan (Hukam dan hakam yang dibawa oleh cerita ini Allahhu'alam....)


Thursday, June 24, 2010

Adoi... senaman tanpa kerelaan...



Petang semalam aku balik dari kerja dengan penat sebab aku banyak menggunakan otak dari fizikal... cadanganya untuk berehat di rumah lepas balik kerja... tapi lain pulak yang jadi....



Nie ha... sebatang pokok delima telah tumbang di hadapan rumah aku, yang secara langsung telah menyekat lalu lintas untuk keluar masuk ke rumah aku... (blok betui2 depan rumah... sabar ja la)... Sebenarnya pokok ini tak tau hak sapa, sama ada jiran aku yang dok sebelah umah atau tuan punya umah nie... (aku menyewa ja.. duit tak dak lagi nak beli umah... huhuhu.. sedihnya)

So dengan paksa rela aku terpaksa la memastikan laluan masuk ke rumah aku clear.. kalu tau, tak leh la nak keluarkan kereta... jadi aku memulakan aktiviti riadah (paksa rela)... petang semalam dengan mengunakan pisau potong ikan ja... (sebab rumah aku tak dak kapak atau pun parang... )

Setelah 2 jam bersusah payah..... (seorang diri lak tue....) :-[
Ini la hasilnya....



Nie Bahagian Pertama:

Kategori batang kayu yang boleh buat kayu api... Sapa yang suka p camping leh la abik kayu nie buat unggun api...




Nie Bahagian Kedua :

Yang nie sesuai untuk buat semak ja.... sebab tak dak guna... so aku letak kat satu lagi tempat... tak tau la batang2 kayu nie di kira sampah atau tak.. kalu tak kira susah la.. kena angkot guna lori la pulak...


So.... clean la balik laluan nak masuk ke rumah sewa aku.. Yang sikit2 tu pun dah di sapu.... so keta aku boleh la kuar untuk g jalan2... (dalam gambar kat bawah nampak ekzos ja...) hehehhehehe... Alhamdulilah... Nasib baik tak hujan, hujan turun malam tue....


Moral of the story.... "Sabar Separuh Daripada Iman..".
"Cobaan...Hai.. Cobaan......" bak kata P Ramlee n the Gang

Tuesday, June 22, 2010

Amin....

Saturday, June 19, 2010

Abah...

To Mr Yahaya Osman,

Terima kasih sebab pukul orang,
Terima kasih sebab marah orang,
Terima kasih sebab tak beli moto kat org nak p sekolah,
Terima kasih sebab hantar org p sekolah nak moto kapcai ja,
Terima kasih sebab tak mau sain report card aku,
Terima kasih sebab bagi makan ala kadar ja,
Terima kasih sebab tak selalu bagi baju baru,

Kalu abah tak buat semua tue...
Mesti orang tak macam la..
Boleh dapat apa yang orang nak..
Dengan duit org sendiri..

La baru orang faham...
Abah ajar org jadi manusia,
Bukan manjakan orang macam orang lain...
Hidup cara kita...
Terima kasih abah...
Selamat Hari Bapa...

Thursday, June 17, 2010

Sos bilis...

Pengalaman nyata mendewasakan.. Kejadian baru ja terjadi semasa aku sampai di Kelantan... Waktu mula-mula berkerja di Kubang Kerian... Selepas beberapa lama berada di Pejabat, aku dan rakan-rakan yang baru masuk bertugas (dalam 2 bulan macam tu la) telah diarahkan untuk menghadiri kursus khusus berkaitan badan berkanun tempat aku berkerja selama seminggu...

Aku yang sungguh exciting untuk belajar benda baru telah dibawa untuk mengenali makanan tradisi Kelantan melalui kursus ini.. Banyak makanan menarik yang aku dah rasa antaranya ialah daging/ikan masak singgam, gulai lemak kuning dan serati... Tapi yang paling aku ingat sepanjang kursus tu adalah berkaitan sos bilis...

Nak dijadikan cerita, dalam kursus yang aku dan rakan-rakan aku hadir tu, ada sebahagian besar merupakan bukan orang Kelantan yang terdiri dari orang Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan.

Seriab : Kak Yam, apa menu makan kami malam nie?

Kak Yam : Malam nie special sebab malam first semua bos baru stay kat sini.. so Kak Yam tak nak bagi tau la dulu.. kalu tak tak suprise...

Member : Dok yoh isau, makanen qlate sedap blako..

Seriab : Tak pa la kalu macam tue...

Member : Jom kelik rehat bilik dlu...

Masa makan malam selepas solat Maghrib,

Seriab : Apa yang special nie abe?

Member : Nie ha... menu utama dia.. m'mmm.. ikan bakar, daging masak singgam, ayam panggang, ulam dan sambal belacan....

Seriab : Nie ja ka?

Member : Eh.. Kak Yam dok cukup nie, member kawe nak rasa "sos bilis".. dia ore luar tok noh rasa sos bilis nie...

Seriab : Sos bilis? Menarik gak tue...

Kak Yam : Nie ha... sos bilis special dari Projek Diraja Negeri Kelantan.

Member : Ha'a.. mari la raso makanen special negeri kawe

Seriab : Ok... Mai aku nak try sikit...Aik, rasa macam budu ja...

Member : Dok aih.. Budu hok lain, ai be'bau...

Seriab : Ya ka? M'mm.... Aku rasa macam sama ja.. (Aku pelik tengok Kak Yam dok gelak), buat apa Kak Yam gelak?

Kak Yam : tak dok gaponya...

Seriab : Ya ka Kak Yam?

Kak Yam : Yo la... Hahahahaha

Aku pun buat tak tau ja la... ok la, maybe orang kelantan lebih faham mengenai makanan depa berbanding orang luar... so aku terima ja... Next day, time makan tengahari.. aku kena duduk ngan bos, so tak leh la nak duduk ngan member aku...

Bos : Kak Yam, tak dak budu ka? (Bos aku orang Kelantan)

Kak Yam : Ada... sat nak ambik...

Kak Yam p dapur dan bawak kuar budu dalam pinggan kecik...

Bos : Ha'a.. Makan la budu nie sedap nie.. Kat negeri lain tak dak nie...

Seriab : m'mmm.... Kak Yam, sos bilis tak dak ka?

Member aku dan Kak Yam dah tergelak... Bos aku tengok aku tercengang macam terperanjat...

Bos : Tak makan ka budu?

Seriab : Makan.... tapi sos bilis sedap sikit... tak berbau

Semua gelak terbahak-bahak termasuk bos aku.... aku jadi pelik, awat plak ngan depa nie? aku ada salah cakap ka?

Bos : Nie sapa bagi tau nie? (Cakap sambil tertawa)

Seriab : Abe ngan Kak Yam bagi tau semalam waktu makan

Semua terus ketawa... Lepas tu baru Kak Yam bagi tau sos bilis dan budu tu benda yang sama ja, semlm dia ngan abe melawak ja.. tak sangka aku percaya... Adoi la...

Tuesday, June 15, 2010

Bila member aku dok sorang..

m'mmm.... hujung minggu lepas aku balik ke kampung sebab member aku kawin, seronok aku tengok member-member aku dah nikah... Alhamdulilah dah sampai seru kawin rasanya...

tapi yang lagi best bila kau sampai umah, aku tengok kepala paip kat dapur umah aku dah patah...

yang lagi best.. ada periuk yang hanggit.. sebabkan aku sampai umah sewa dah lewat so aku pun tido la...

morning tadi aku bangun, so aku pun bersiap nak p keja.. yang bestnya air tak dak.. bila aku buka kunci air kat luar umah... habis basah dapur umah aku, aku kupa kepala paip tu dah patah..

Nak buat macama mana, alang-alang dah basah, aku pun buat tak tau so mandi ja la kat toilet.. lepas tu tutup balik air kat luar...

tak pa la, nak tergelak aku bila petang lepas balik umah aku tanya member aku awat ada periuk hangit dalam singki.. dia kata dia masak maggie sampai hangit... aku ketawa tak tertahan.. muka merah jadinya...

aku teringatkan budak umah sewa aku masa belajar dulu... dia tak tahu masak, so satu hari aku suruh dia tolong gorengkan telur macam yang aku dok goreng, dia kata

"Ok! bila lagi nak try.. tui tak?"

aku pun buat tak tau ja la tunggu sambil tengok tv.. dah 5 minit, so aku tanya member aku

"Oit, dah masak belum telur tu?"

dia kata "tunggu... sabar tu separuh daripada iman.. biasa la bila chef masak memang semua tak sabar-sabar nak makan"

aku pun relax ja la... lepak.. tapi aku pelik, lamanya mamat nie masak telur.. aku kata la

"oit, hang goreng telur or tengah bertelur?"

dia kata " relax dulu tak hitam lagi..."

aku jadi confius... telur jadi hitam?... m'mm... baru aku teringat, aku selalu goreng telur letak kicap... aku pun p la dapur.. bila kau tengok kuali... Ya Allah dah berasap kuali tu... rupanya member aku nie tak tau aku letak kicap.....tak sangka dalam dunia yang modern macam nie pun ada member yang macam nie.. last sekali lekat nick name member aku nie Telur...

hanya aku saja yang tau sebab apa nama dia Telur.. huhuhuh.. sorry my friend.. tapi ko antara kawan yang takkan aku lupa, sebab ko boleh menang anugerah home funniest home video...

Monday, June 14, 2010

Kenapa Portugis Menyerang Melaka Tidak Kerajaan Kedah Tua?

1508

Alfonso De Albuquerque meyampaikan hasratnya kepada Raja Portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara (Melaka dan Kedah Tua antara pusat perdagangan Asia Tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera (158 biji kapal dengan 15300 (anggaran) bala tentera)

1509

Portugis menhantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

Oct 1511

Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan Melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Portugis yang dipimpin oleh Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15 ribu askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersaudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1513

Setahun 11 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini...

Feb 1514

Alfonso menghantar perisik ke kedah dan pulau pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana (Kedah dan P.Pinang ) mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar Kedah dan Pulau Pinang untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan...

Seminggu selepas Feb 1515

Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso (setelah dialih bahasa kepada bahasa Melayu) yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah:

Perisik
1,2,3 "Selamat pagi tuan (sambil bertabik)"

Alfonso "Selamat pagi"

Perisik "Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Kedah dan Pulau Pinang"

Alfonso "Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? (dengan nada marah)"

Perisik 2 "Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal HangTuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15,000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Kedah dan Pulau Pinang yang mempunyai beribu ribu hang.."

Perisik 3 "Betoi tu Tuan...antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana, hang pi mana,hang nak p mana, hang singgah dulu, hang gila,bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang macam-macam lagi hang ada kat sana ......."

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang Kedah, Perlis dan Pulau Pinang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan Melayu Melaka amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu-ribu "hang".

Hehehehe.. sekadar lawak dihujung minggu.. tapi tetap ada moral value..
Jangan la mendengar kabar angin tanpa memeriksa kebenarannya terlebih dahulu..

Hadiah terbaik dari seorang abah...

Sehari sebelum saya berangkat ke kota, ayah memanggil saya ke pejabatnya. Saya agak hairan ketika itu, apatah lagi apabila ayah menyuruh saya masuk ke pejabatnya. Kami jarang sekali dibenarkan masuk ke pejabatnya, terutama sekali ketika ayah sedang sibuk menyiapkan bahan penulisan yang bakal dicetakkan di dalam kolumnya di sebuah akhbar tempatan.

"Ambil bungkusan ini dan buka hanya apabila kamu rasa benar-benar rasa buntu untuk menyelesaikan masalah kamu", kata ayah sambil menyerahkan sebuah bungkusan yang sederhana besar. Dan esoknya ayah menghantar saya hingga ke stesen bas dengan senyuman penuh makna.

Suatu hari, setelah hampir 3 bulan saya berada di kota, saya ditimpa satu masalah yang benar-benar membuat saya buntu dan hampir putus asa untuk menghadapinya. Saya teringatkan bungkusan yang ayah berikan dulu. Saya kira, inilah masanya untuk saya membuka rahsia yang tersirat di sebalik bungkusan tersebut.

Ternyata di dalam bungkusan itu terkandung sehelai sejadah lama, sehelai kain pelikat baru dan sebuah kompas penunjuk arah kiblat serta sekeping nota yang berbunyi :-

"Tiada namanya lautan jika ia tidak bergelora, tiada namanya bumi jika tidak ditimpa hujan dan tidak namanya kehidupan jika tiada masalah. Sebagaimana warna menyempurnakan lukisan, masalah pula adalah penyempurnaan kehidupan. Bersyukurlah, sekurang-kurangnya kamu masih hidup dan Tuhan masih mengambil berat dengan kamu, kerana itu dianugerahkan olehNya masalah. Buat kamu menajamkan lagi akalmu.Tenang dan rapatkan kedua tangan menadah doa mohon petunjuk kepada Allah swt. Kerana sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

Saya terpana, ternyata ia adalah hadiah daripada datuk saya kepada ayah saya dan sekarang diwariskan kepada saya.Dan sejak dari hari itu, saya selalu mengucapkan syukur setiap kali saya dilanda masalah kerana saya tahu bahawa Tuhan masih mengambil berat akan saya.

Moral: Kita seringkali mengeluh setiap kali kita dilanda masalah. Malah seringkali kita menyalah Tuhan kerana ditimpa musibah tanpa kita sedar bahawa ternyata musibah itu bukan saja untuk menyedarkan kita dari lena tetapi hikmah di sebaliknya adalah untuk menajamkan lagi akal kita.

Kita sebenarnya wajib bersyukur kerana setelah sekian lama dilimpahi nikmat, kita hanya diuji dengan sedikit musibah saja. Dan yang paling penting, kita masih lagi hidup, masih dapat memanjatkan doa dan memohon petunjuk dariNya,serta memohon ampun kepadaNya jika ada salah dan silap yang kita lakukan.

Kadang kala, musibah itu adalah peringatan untuk kita memuhasabahkan kembali diri kita tentang apa yang telah kita lakukan dan apa yang masih belum kita tunaikan.

Melayu.......

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Perlis dan Kedah pun selalu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu

Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu

Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu pun nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak Melayu masih nombor satu
Asal bergaye sanggup makan nasi dan tokyu

Boleh tak jumpa Melayu di kedai buku?
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada jugak tapi kurang sangat mereka di situ

Kenapa Melayu jadi begitu?
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
Pasal jambatan bengkok atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu



Takkan Melayu hilang di Dunia
Ungkapan gah membangkitkan semangat
Tapi kalu yang ada sekadar penagih dan penjenayah
Tukang Urut, GRO, penari bogel buat apa...

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju?

Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Supaya bangsanya tidak luput atau pupus budaya dan nilainya:

Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata Nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu!!!!

Alhamdulilah....

Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan. Alhamdulilah....

Untuk pakaian kita yang dah tak muat, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita cukup makan. Alhamdulilah....

Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yangcperlu dikemas, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal. Alhamdulilah....

Untuk bunyi bising jiran-jiran, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar. Alhamdulilah....

Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai bagi menutup aurat. Alhamdulilah....

Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih dikurniakan kuderat dan sihat tubuh badan untuk kerja kuat. Alhamdulilah....

Untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan. Alhamdulilah....

Untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, BERSYUKUR kerana beliau tidur disisi kita, bukan dengan orang lain. Alhamdulilah....

Untuk pasangan kekasih yang asyik bertelagah, BERSYUKUR kerana pasangan anda masih setia hatinya, bukan dengan menduakan kita dengan orang lain. Alhamdulilah....

Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut... Alhamdulilah....

Miskin Pada Harta, Namun....

Pengorbanan Seorang Anak... Membawa Cahaya
(Cebisan coretan wartawan AZRAN FITRI RAHIM , Utusan Malaysia 2008)

“Kadang-kadang saya menitiskan air mata sebab kakak (panggilan keluarga kepada Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, gambar) terpaksa berpuasa sebab tidak ada wang untuk beli makanan.

“Tetapi alhamdulillah, kakak memahami keadaan keluarga. Malah kakak menjadikan ibadah itu sebagai rutin pada setiap hari Khamis dan Isnin sejak berumur 12 tahun.”

Demikian luahan ibu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Mariani Omar, 42, ketika ditanya mengenai kesusahan dia dan suami, Nik Mohd. Kamal Hussein, 41, membentuk seorang insan contoh.

Katanya, biar susah bagaimana sekali pun, anak sulung daripada empat beradik itu tidak pernah merungut.

Malah Nik Nur Madihah, menurutnya, melalui semua kepayahan itu dengan tabah dan menerimanya sebagai cabaran untuk berusaha dengan lebih keras.

“Disebabkan tak ada wang poket, kakak akan makan roti di sekolah dan kerana terlalu banyak makan roti, ia jadi kegemarannya. Malah dia bercita-cita belajar cara buat roti. Kata kakak, dia hendak buat roti banyak-banyak.

“Ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat keadaan anak begitu. Tetapi saya bersyukur kerana dia menerima kekurangan ini,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Nik Nur Madihah, 18, anak seorang nelayan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini mencatat sejarah negeri ini apabila memperoleh 20 A dalam peperiksaan SPM 2008.

Kejayaan itu menjadikan pelajar tersebut antara pelajar cemerlang dengan mendapat 19 1A dan satu 2A, kurang satu mata pelajaran berbanding pencapaian pelajar terbaik SPM 2007, Azali Azlan yang memperoleh 21 A.

Dia juga membuktikan kesusahan keluarga bukan halangan untuk mencapai kecemerlangan walaupun mengambil sebanyak mungkin mata pelajaran bagi menguji keupayaan dirinya dalam menghadapi cabaran hidup sebagai pelajar.

Kesusahan hidup Nik Nur Madihah yang tinggal di rumah sewa kecil di Pengkalan Chepa dipaparkan di muka depan Utusan Malaysia hari ini.

Mariani berkata, sejak kecil anaknya itu gemar membaca buku dan setiap masa terluang tidak pernah dibiarkan begitu saja.

“Memang dari kecil lagi dia minat benar dengan buku. Saya dan suami tidak pernah paksa kakak membaca buku, kadang-kadang paksa dia suruh berhenti sebab sudah masuk Maghrib.

“Sifat ulat buku ini turun kepada tiga adiknya,” tambahnya.

Menurut Mariani, seorang lagi anaknya kini menuntut dalam tingkatan empat di Sekolah Menengah Teknik Bachok, seorang dalam tingkatan tiga di bawah tajaan Permodalan Nasional Berhad di Bandar Salak Tinggi dan yang bongsu di tahun lima Sekolah Kebangsaan Parang Puting di sini.

Ujarnya, sekiranya Nik Nur Madihah meminta wang untuk membeli buku, dia dan suami akan berusaha mencari wang tersebut tetapi selalunya ia tidak diberi serta-merta kerana kesempitan hidup.

“Kakak tidak banyak kerenah dan agak pendiam. Dia pun tidak beritahu kami dia ambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah saat-saat akhir,” ujarnya.

Doa Ayah Membawa Kecermelangan,
Doa Ibu Membawa Ke Syurga...
Anak Mulia Memimpin Kegemilangan,
Membawa Kecerian Untuk Keluarga..

Ibu Misali.. Pengorbananmu terlalu suci...

IBU MISALI
(Cebisan coretan wartawan PUAN NORHASHIMAH HASHIM , Dewan Sastera Mei 2000)


PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya,
telah terkalung pingat "Ibu Misali". Tangan kanannya menggenggam erat
satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa
hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.

"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita
kepada penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir. Penerima ini agak
lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan
Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah,
untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat
itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis
berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk
seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik
ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang
kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka
dijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai
sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung
ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.

Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang
penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar
suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati
lantai pentas.

'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang
akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang
menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan,
sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru
muda yang dipakainya.'

Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.
Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku
notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk
memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa
kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.

Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan
majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada
dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas
pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan,
memberi salam.

Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk
semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat
mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling
selesa.

"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah,
kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang
gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya
kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai,
salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."


Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada
percakapan gadis itu.

"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah
kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah
mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang
paling malang, disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh
mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"


"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang
pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu
pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman
video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya
harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan
terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan,
pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu
Misali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi."
Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.

"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin
kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.

"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang
merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke
ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut
pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari
dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal
dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang
tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir
hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat,
seperti budak berumur satu atau, dua tahun."
Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka
menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.

"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah
menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan
sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan
berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak
melayan makan dan, pakai mereka."
"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui
abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa
daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit
hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu
sendiri."

"Mirah dah besar, kan? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan?"
Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu
telah menyemarakkan api radang saya

"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya
untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu
berkira!"

"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka
cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak
terpaksa membantu mereka."


"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua
anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka
tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"

"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap
kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi,
kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.

"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu
bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma
sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau
menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.
Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu.
Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak
terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin
mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu
mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu,
memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan
kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."

"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya
pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun.
"Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah
orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."

"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan
petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya
mencadangkan hal itu.

"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.
Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar
yang telah sedia terentang di hadapannya."

"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua
belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun.
Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya
ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.
Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah,
berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi
abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."
Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis
itu.

"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan
kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup
menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak
benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan
makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik
mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula,
asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya
dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.
Penat saya membersihkannya. "


"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya
lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus
melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah
mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan
ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."

"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah
kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang
lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."

"Mirah!" Ibu merangkul saya. "Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu
bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."

"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila
situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah
melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak
yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri
betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.

Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."

"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar
dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula
dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu
masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah
tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih
menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."

"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu
tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"

"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala
saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga
abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh
hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena
lempanglah."

"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya
tahu saya bersalah.

"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang
kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan
mak."

"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."

"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu
dapat meringankan penderitaan mak.

Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."

"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."

"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik
daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke
sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah
dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya
itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak
sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan
kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."

"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana
saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar
malu."

"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu
kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang
diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru."
"Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati
mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan
kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam
bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya
terus resah-gelisah. "

"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu
bilik saya. "Mirah."

"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."

"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dah
tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan
kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak
tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi,
keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak
tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga
abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"

Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi
saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan
menatap wajah mak ketika itu.

"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."

Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi
gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak
gugur menimpa serata muka dan leher saya.

"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah
segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah
telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah.
..."

"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata
yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan
esak tangis.


Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya
terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan
menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan
abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.

Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis
itu berbicara.

Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah
lima, saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat
menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran
tersebut.

"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"

"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan
sempurna?"

"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan
daripada abang-abang dan kakak-kakak! "

"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"

Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip
memandang saya.

"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.
"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping
dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "

"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah
menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.

"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah
semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.

Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka
terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada
wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk
terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang
baik.

Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya
daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga
makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya
terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu,
lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.

Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh
semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar
ceritanya dengan penuh minat.

"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan
pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Di sana saya membuat
pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih
kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang
bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu,
dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "

"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang
guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung
ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan
mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."

"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga
abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh
apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."

"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak
ada, bang?" suara mak diamuk pilu.

Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak
harapkan Mirah pula?"

"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan
dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya."

"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib
abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang
mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai
tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah
menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang
memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."

Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk
sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin,
khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.

Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai
pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan
mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan
merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk
menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada
orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu
Misali" yang lain.

"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai
banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan
mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat.
Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan
antara mak dan ayah."

"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak
masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima
anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi
setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga.
Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana
mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah
ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan
dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama
ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka
yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."

"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan
saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya
sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga
pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang
senasib dengan mak."

"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "

Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.

Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku
sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi
kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran
cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan
menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa
sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.

'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha
mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'
Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.

Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari
helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku
semula.

"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang
tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia
Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa
Pemilihan "Ibu Misali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Misali" serta
beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan
Sri dipersilakan."

Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya
melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya
menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya
dia terduduk kembali di atas kerusi.

Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang
mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu,
beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah
berladung.

Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian,
seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Misali" sebelumnya, naik ke
pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah
hujan air mata penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir itu.

Renungkanlah.... Sejauh mana kita sanggup berkorban untuk kedua orang tua..
Hargailah mereka...