Pesanan Penaja

Monday, June 14, 2010

Kenapa Portugis Menyerang Melaka Tidak Kerajaan Kedah Tua?

1508

Alfonso De Albuquerque meyampaikan hasratnya kepada Raja Portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara (Melaka dan Kedah Tua antara pusat perdagangan Asia Tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera (158 biji kapal dengan 15300 (anggaran) bala tentera)

1509

Portugis menhantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

Oct 1511

Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan Melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Portugis yang dipimpin oleh Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15 ribu askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersaudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1513

Setahun 11 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini...

Feb 1514

Alfonso menghantar perisik ke kedah dan pulau pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana (Kedah dan P.Pinang ) mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar Kedah dan Pulau Pinang untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan...

Seminggu selepas Feb 1515

Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso (setelah dialih bahasa kepada bahasa Melayu) yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah:

Perisik
1,2,3 "Selamat pagi tuan (sambil bertabik)"

Alfonso "Selamat pagi"

Perisik "Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Kedah dan Pulau Pinang"

Alfonso "Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? (dengan nada marah)"

Perisik 2 "Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal HangTuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15,000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Kedah dan Pulau Pinang yang mempunyai beribu ribu hang.."

Perisik 3 "Betoi tu Tuan...antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana, hang pi mana,hang nak p mana, hang singgah dulu, hang gila,bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang macam-macam lagi hang ada kat sana ......."

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang Kedah, Perlis dan Pulau Pinang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan Melayu Melaka amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu-ribu "hang".

Hehehehe.. sekadar lawak dihujung minggu.. tapi tetap ada moral value..
Jangan la mendengar kabar angin tanpa memeriksa kebenarannya terlebih dahulu..

No comments:

Post a Comment