Pesanan Penaja

Thursday, June 24, 2010

Adoi... senaman tanpa kerelaan...



Petang semalam aku balik dari kerja dengan penat sebab aku banyak menggunakan otak dari fizikal... cadanganya untuk berehat di rumah lepas balik kerja... tapi lain pulak yang jadi....



Nie ha... sebatang pokok delima telah tumbang di hadapan rumah aku, yang secara langsung telah menyekat lalu lintas untuk keluar masuk ke rumah aku... (blok betui2 depan rumah... sabar ja la)... Sebenarnya pokok ini tak tau hak sapa, sama ada jiran aku yang dok sebelah umah atau tuan punya umah nie... (aku menyewa ja.. duit tak dak lagi nak beli umah... huhuhu.. sedihnya)

So dengan paksa rela aku terpaksa la memastikan laluan masuk ke rumah aku clear.. kalu tau, tak leh la nak keluarkan kereta... jadi aku memulakan aktiviti riadah (paksa rela)... petang semalam dengan mengunakan pisau potong ikan ja... (sebab rumah aku tak dak kapak atau pun parang... )

Setelah 2 jam bersusah payah..... (seorang diri lak tue....) :-[
Ini la hasilnya....



Nie Bahagian Pertama:

Kategori batang kayu yang boleh buat kayu api... Sapa yang suka p camping leh la abik kayu nie buat unggun api...




Nie Bahagian Kedua :

Yang nie sesuai untuk buat semak ja.... sebab tak dak guna... so aku letak kat satu lagi tempat... tak tau la batang2 kayu nie di kira sampah atau tak.. kalu tak kira susah la.. kena angkot guna lori la pulak...


So.... clean la balik laluan nak masuk ke rumah sewa aku.. Yang sikit2 tu pun dah di sapu.... so keta aku boleh la kuar untuk g jalan2... (dalam gambar kat bawah nampak ekzos ja...) hehehhehehe... Alhamdulilah... Nasib baik tak hujan, hujan turun malam tue....


Moral of the story.... "Sabar Separuh Daripada Iman..".
"Cobaan...Hai.. Cobaan......" bak kata P Ramlee n the Gang

1 comment: